Sunday, 15 May 2016

Making my own Brekkie Wrap!



assalamualaikum.


saya merupakan penggemar western food. maka KFC, McD, Pizza Hut dan apa saja seangkatan dengannya memang menjadi pilihan di hati. kadang2, makanan tu semua kita boleh buat sendiri di rumah, tapi tak tau kenapa,makanan di luar memang sentiasa sedap walau sekadar teh o ais. hahaha. teori saya mengatakan bahawa mungkin kita sudah terbiasa makan makanan yang kita sendiri masak, jadi sekali sekala nak juga merasa makanan di kedai.

salah satu kegemaran saya ialah, breakfast meal dari McD. since breakfast meal cuma sampai jam 11am, selalunya tak sempat nak merasa sebab kadang-kadang  jam 11am dah masuk kerja. kalau hari cuti, kadang-kadang terbangun lambat atau leka dok buat kerja-kerja rumah.

aritu usaha juga bangun awal pagi, semata-mata craving nak makan brekkie wrap. sedang nikmat mengunyah brekkie wrap, tergerak hati nak tengok segala ingredient brekkie wrap tu. dari mata kasar, nampak senang saja. eleh, boleh buat sendiri ni. tak payah susah-susah nak pegi McD. maka pada hari itu jugak pergi tesco, beli barang-barang nak buat brekkie wrap tu. tak payah cerita panjang-panjang, meh tengok bahan-bahan dan cara buat brekkie wrap. chef mode : ON !


Bahan-bahan

  1. Wrap (saya pilih wholegrain)
  2. Telur
  3. Garam
  4. Black pepper
  5. Mayonis
  6. Chicken ham
  7. Cheesedale 

Cara-cara
  1. Pecahkan telur, masuk dalam mangkuk. Tambah sedikit garam dan black pepper. Pukul-pukul maja lepas tu goreng macam telur hancur. angkat letak tepi
  2. Goreng chicken ham, ptong dua, letak tepi
  3. Panaskan wrap letak tepi
  4. Lipat wrap separuh, letak separuh chicken ham, letak cheesedale (potong dua juga) letak telur, letak separuh lagi chicken ham dan cheesedale lepas tu gulung. SIAP!!
*ini resepi untuk sorang makan. boleh tambah daun salad, tomato, mayonis dan sos tomato/cil kalau suka. 


gambar cilok dari google. ihiks!


No comments:

Post a Comment