Assalamualaikum.
Salam aidiladha ye kawan-kawan. Arini hari raya ketiga.
Duduk rumah, lepak-lepak saja sebab penat tak hilang lagi balik beraya dari
Pahang. Oh well, hari-hari pun lepak, maklumlah penganggur tegar. Bahahahahaha.
Anyway, pagi tadi posmen dating, dapat bungkusan pos laju. Gambar konvo dah
sampai. Yeay !
Alhamdulillah. 27/9/2013 merupakan hari bersejarah dalam
hidup. Dulu selalu dengar ayat “menggenggam segulung ijazah”, sekarang dah jadi
kenyataan. Hasil penat lelah tiga tahun di unimap akhirnya berakhir. Ingat lagi
waktu mula-mula jejak kaki ke unimap, hari-hari menangis nak balik. To be
honest, waktu isi borang UPU dulu, memang mintak unimap as the first choice.
The reason is? Waktu belajar diploma di
poli dulu, pernah ada lawatan ke unimap. Tahun 2008 kalau tak silap. Apa yang membuatkan hati teringan nak sambung
degree di unimap ialah, sebab boleh pakai jeans! One of the reason okay. Haha.
Ye, university lain pun boleh pakai jeans, tapi waktu tu dah excited sangat
kan. Nampak unimap aje. Haha
“Unimap mengaplikasikan kaedah one equipment for one
student. So setiap pelajar akan dapat buat amali, tak perlu berebut dan tak ada
pelajar yang tak buat kerja”. Ayat ni masih terngiang-ngiang sampai sekarang. I
don’t know why, but this is the main reason why I chose unimap in the first
place. Poli dulu barang banyak yang rosak. Nak guna equipment selalu tak cukup.
Kadang-kadang tak merasa pun nak pegang equipment. Keja dalam group, masa
terhad, so bagi yang pandai saja yang settle equipment. Yang lain-lain buat
report. What a memory. Enough bout that.
Unimap has changed my life so much. Unimap banyak mengajar
diri untuk jadi lebih berdikari, tabah dan cekal bila berjauhan dengan
keluarga. Di unimap juga hati mula mengenal yang mana kawan yang mana lawan.
Kawan mana yang ada waktu susah, kawan mana yang ada waktu senang. Kawan mana
yang ada waktu susah senang. Eh, jangan terkejut, ada kawan datang waktu susah
sahaja. The one that volunteering her-self when nobody’s being there. Tak lupa
juga waktu industrial training. Jenis tak bercakap dengan orang, lagi-lagi kaum
adam. Dapat pulak training di kilang yang majority pekerjanya lelaki. Ingat
lagi waktu mula-mula masuk, ada abang technician nama helmi Tanya “kau malu
ke?” Sambil senyum sinis. Menyampah betul. Tapi last-last dia la abang feveret.
Last day siap nangis lagi sebab sedih nak berpisah. Hewhew. We’ll talk about it
later kot. Kot, okay.
Kalau nak dibandingkan waktu poli dengna unimap, rasanya
unimap lagi banyak manisnya. For the first time ever, mengenal erti
persahabatan. Manis sungguh rasanya. Terasa hati, gaduh, merajuk tu perkara
biasa.at the end of the day we’re still together. Susah senang stress bersama
buat assignmnent, mini projek, final year projak Terima kasih mama, terima kasih sayang,
terima kasih kawan-kawan. Tak mungkin kaki ini melangkah ke pentas untuk menggenggam segulung ijazah
tanpa dorongan dan semangat yang tak
pernah putus dari kalian. Sayang kome semuaaaaaaaa :’)






