Wednesday, 3 September 2014

pernah tak?



assalamualaikum.


pernah tak,
ada suatu ketika, kita benar-benar perlukan seseorang untuk dijadikan pendengar
tapi ketika itu terasa semua orang tiba-tiba hilang?

yang ada hanya kita dan Dia.

ya, Dia selalu ada.
tapi kita perlukan seseorang yang boleh berkata-kata.
boleh bertindak balas.
boleh dilihat atau didengar.

tapi kita tak ada pilihan lain
hanya Dia.

akhirnya, pada Dia saja kita mengadu.
tak perlu ucapan di bibir.
cukup Dia mendengar dan mengetahui.
diluah semua yang ada di dada.

Dia.
tak dapat dilihat.
tak dapat didengar.
tapi dapat dirasa.
dalam hati.

akhirnya, hati jadi tenang.
nikmat.

Dia.
Yang Maha Satu.

sampai suatu masa, hadir mereka yang hilang.
tapi ketika itu kita sudah tenang bersamaNya.

maka kita katakan kepada mereka
"tak ada apa-apa. semua sudah selesai"

kadang-kadang Dia hilang orang lain
supaya kita bersama Dia.
mengingati Dia.
supaya kita sedar bahawa Dia selalu ada.


pernahkah?


hakikat



assalamualaikum


kadang2,

kita kena belajar terima hakikat bahawa tak semua orang akan ada dengan kita waktu kita benar-benar memerlukan mereka. siapa sangka orang yang benar-benar kita harapkan ghaib bila kita perlukan mereka, dan orang yang kita menyampah-benci-tak suka yang datang tolong.


kadang2,

kita kena belajar terima hakikat bahawa bila kita perlukan sesuatu pada waktu dan detik itu juga, tak semua orang boleh respon pada waktu yang sama. ada saja perkara yang mereka lakukan ketika itu. apa kita boleh buat? terima saja keadaan itu.


kadang2,

kita kena belajar terima hakikat bahawa apa yang kita rancang tak semestinya menjadi. pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. barangkali ada kebaikan di sebalik kegagalan yang kita hadapi.


kadang2,

kita sedar dan faham.
tapi kita ta mahu hadam.

sampai satu tahap



assalamualaikum.



sampai suatu tahap,
tak ada sorang pon yang boleh tolong.

sampai satu tahap,
saya give up.
maybe saya kena let go.
let go sesuatu yang dah lama saya nak.
sekarang peluang dah ada. tapi cabarannya di luar jangkaan saya.

semua sudah tertulis.
pasti ada hikmah.
Allah is the best planner.