Tuesday, 7 October 2014

happy graduation day!



Assalamualaikum.

Salam aidiladha ye kawan-kawan. Arini hari raya ketiga. Duduk rumah, lepak-lepak saja sebab penat tak hilang lagi balik beraya dari Pahang. Oh well, hari-hari pun lepak, maklumlah penganggur tegar. Bahahahahaha. Anyway, pagi tadi posmen dating, dapat bungkusan pos laju. Gambar konvo dah sampai. Yeay !


Alhamdulillah. 27/9/2013 merupakan hari bersejarah dalam hidup. Dulu selalu dengar ayat “menggenggam segulung ijazah”, sekarang dah jadi kenyataan. Hasil penat lelah tiga tahun di unimap akhirnya berakhir. Ingat lagi waktu mula-mula jejak kaki ke unimap, hari-hari menangis nak balik. To be honest, waktu isi borang UPU dulu, memang mintak unimap as the first choice. The reason  is? Waktu belajar diploma di poli dulu, pernah ada lawatan ke unimap. Tahun 2008 kalau tak silap.  Apa yang membuatkan hati teringan nak sambung degree di unimap ialah, sebab boleh pakai jeans! One of the reason okay. Haha. Ye, university lain pun boleh pakai jeans, tapi waktu tu dah excited sangat kan. Nampak unimap aje. Haha


“Unimap mengaplikasikan kaedah one equipment for one student. So setiap pelajar akan dapat buat amali, tak perlu berebut dan tak ada pelajar yang tak buat kerja”. Ayat ni masih terngiang-ngiang sampai sekarang. I don’t know why, but this is the main reason why I chose unimap in the first place. Poli dulu barang banyak yang rosak. Nak guna equipment selalu tak cukup. Kadang-kadang tak merasa pun nak pegang equipment. Keja dalam group, masa terhad, so bagi yang pandai saja yang settle equipment. Yang lain-lain buat report. What a memory. Enough bout that.


Unimap has changed my life so much. Unimap banyak mengajar diri untuk jadi lebih berdikari, tabah dan cekal bila berjauhan dengan keluarga. Di unimap juga hati mula mengenal yang mana kawan yang mana lawan. Kawan mana yang ada waktu susah, kawan mana yang ada waktu senang. Kawan mana yang ada waktu susah senang. Eh, jangan terkejut, ada kawan datang waktu susah sahaja. The one that volunteering her-self when nobody’s being there. Tak lupa juga waktu industrial training. Jenis tak bercakap dengan orang, lagi-lagi kaum adam. Dapat pulak training di kilang yang majority pekerjanya lelaki. Ingat lagi waktu mula-mula masuk, ada abang technician nama helmi Tanya “kau malu ke?” Sambil senyum sinis. Menyampah betul. Tapi last-last dia la abang feveret. Last day siap nangis lagi sebab sedih nak berpisah. Hewhew. We’ll talk about it later kot. Kot, okay.



Kalau nak dibandingkan waktu poli dengna unimap, rasanya unimap lagi banyak manisnya. For the first time ever, mengenal erti persahabatan. Manis sungguh rasanya. Terasa hati, gaduh, merajuk tu perkara biasa.at the end of the day we’re still together. Susah senang stress bersama buat assignmnent, mini projek, final year projak  Terima kasih mama, terima kasih sayang, terima kasih kawan-kawan. Tak mungkin kaki ini melangkah  ke pentas untuk menggenggam segulung ijazah tanpa  dorongan dan semangat yang tak pernah putus dari kalian. Sayang kome semuaaaaaaaa :’)